Pages

Pages

PIAGAM

i) TUJUAN : 

Piagam Lembaga menetapkan peranan, tugas dan tanggungjawab serta komposisi dan proses untuk membolehkan semua ahli Lembaga mengetahui kewajipan dan tanggungjawab mereka, dan untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pengarah Syarikat dengan berkesan.


ii) PIHAK BERKUASA:

Lembaga Pengarah memperoleh kuasa untuk bertindak daripada kuasa Lembaga yang terkandung dalam Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Akta Syarikat 1965, garis panduan dan keperluan pengawalseliaan di Malaysia.

iii) AKSES KEPADA MAKLUMAT DAN PROFESIONAL:

Lembaga hendaklah mempunyai akses tanpa had kepada maklumat dan rekod Syarikat.
Para pengarah berhak mendapat nasihat profesional di perbelanjaan Syarikat untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Bagi maksud seksyen ini, nasihat profesional hendaklah termasuk nasihat yang diminta dari pakar undang-undang, akauntan atau penasihat profesional dan perunding lain.

No comments:

Post a Comment