Dalam latihan perindustrian adalah salah satu komponen yang paling penting bagi pelajar untuk dianugerahkan sebagai diploma. Dalam tempoh enam bulan, untuk mendapatkan sebagai diploma, pelajar harus membuat latihan perindustrian selama beberapa bulan.Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan pada masa kelak. Diharapkan dengan adanya latihan industri ini, setiap pelajar dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat pekerjaan kelak.
Sebelum menjalani kursus
Latihan Industri, pelajar perlu memenuhi semua syarat kelayakan menjalani
Latihan Industri iaitu :
- Telah
mendaftar kursus LI.
- Mendapat
Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan
semester sebelumnya.
- Memperolehi
jumlah jam kredit yang yang ditetapkan dengan merujuk Arahan-arahan
Peperiksaan dan Kaedah Penilaian. (Sekurang-kurangnya 42 jam kredit).
- Dilindungi
insurans.
- Telah
menduduki dan lulus kursus-kursus prasyarat yang ditetapkan.
- Memenuhi
lain-lain arahan yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Walaubagaimanapun. pelajar boleh memilih
mana-mana organisasi yang diingini oleh pelajar bergantung kepada faktor-faktor
berikut :
- Kesediaan
firma atau jabatan menerima pelajar.
- Kekosongan
tempat latihan yang dipohon.
- Permintaan
dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang
diikuti pelajar di institusi pengajian.
Tujuan utama buku panduan Latihan
Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan
menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam
pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku
panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul
dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment