Adanya latihan industri di Politeknik seluruh Malaysia maka
pelajar-pelajar dapat mengikuti kursus diploma yang menjalani latihan industri
seperti di syarikat INARI TECHNOLOGY SDN BHD. Oleh itu, objektif latihan
industri ini adalah mahu memberi kesan kepada pelajar dalam melaksanakan tugas
yang diberi dengan sebaik mungkin serta mahu melihat sejauh mana seseorang
pelajar itu dapat melaksanakan tugas yang diberi.
Antara objektif latihan industri seperti disenaraikan
berikut :
* Boleh memberikan pengalaman yang baru kepada pelajar.
* Memberikan pelajar lebih minat dalam bidang yang diceburi
di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) melalui pendedahan praktikal mereka.
* Menyemai kerja berpasukan dan hubungan kerja yang baik
dengan rakan sekerja.
* Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan
tinggi.
* Membekalkan pelajar
dengan pengetahuan yang diperolehi ketika praktikal dijalankan dan dapat
memberikan manfaat kepada mereka ketika memulakan alam pekerjaan.
No comments:
Post a Comment